Dua Ketua Masyarakat Di DUN Balai Ringin Terima Cek MRP Kerajaan Sarawak

UKAS  > Edisi-Selatan >  Dua Ketua Masyarakat Di DUN Balai Ringin Terima Cek MRP Kerajaan Sarawak
0 Comments

SABTU, 15 JANUARI 2022

SRI AMAN : Setiausaha Politik Ketua Menteri Sarawak selaku Ketua Wanita Parti Rakyat Sarawak (PRS), Dato Sri Doris Sophia Brodie telah menyampaikan cek Projek Kecil Luar Bandar (MRP) kepada dua orang Ketua Masyarakat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Balai Ringin, pada Jumaat.

Cek MRP berjumlah RM24,000 itu adalah peruntukan dari kerajaan Sarawak.

Penyampaian telah dilakukan secara santai di luar Dewan Sri Pantu bagi mengelak perkumpulan ramai.

Hadir sama, beberapa orang Ketua Masyarakat dari kawasan DUN Sri Aman yang menyertai rombongan tersebut. -EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *