138 Bot Disediakan Bagi Menghadapi Banjir Di Kawasan DUN Demak Laut

UKAS  > Edisi-Selatan >  138 Bot Disediakan Bagi Menghadapi Banjir Di Kawasan DUN Demak Laut
0 Comments

KHAMIS, 20 JANUARI 2022

KUCHING: Sebanyak 138 bot disediakan sebagai persiapan menghadapi kemungkinan banjir di 28 buah kampung di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Demak Laut.

Simbolik penyerahan bot tersebut telah disempurnakan oleh Menteri Muda Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut, Dr Hazland Abang Hipni.

Sementara itu, sebanyak 68 buah bot milik para nelayan yang sedia ada digunakan untuk Zon Tabuan Melayu, manakala sebanyak 70 bot milik persatuan bot pelancong bagi Zon Bako sekiranya diperlukan.

Ia merupakan inisiatif Pusat Khidmat  bersama-sama dengan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dan Kelab 4X4 Demak Laut bagi membantu Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan agensi kerajaan sekiranya berlaku banjir besar di kawasan tersebut. -EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *