15 NGO Terima Bantuan Berjumlah Hampir RM219,000

UKAS  > Edisi-Selatan >  15 NGO Terima Bantuan Berjumlah Hampir RM219,000
0 Comments

JUMAAT, 21 JANUARI 2022

KUCHING: Setiausaha Politik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Dato Sri Syed Hamzah Syed Paie Al-Yahya mewakili Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Dato Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar hadir dalam program sumbangan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) di Kampung Senari pada Jumaat.

Menurut beliau, program penyampaian bantuan tersebut adalah bagi menggerakkan program-program kemasyarakatan di peringkat akar umbi.

 “Jadi hari ini hampir 15 badan bukan kerajaan (NGO) yang telah menerima sumbangan daripada kita yang berjumlah hampir RM219,000,” Katanya kepada media selepas majlis tersebut.

Selain itu, beliau juga memberitahu, mereka juga telah membeli sebuah Bot Fiber yang bernilai hampir RM25,000 dan mengamanahkan Persatuan kesukarelawan Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak untuk memberi bantuan kecemasan sekiranya terjadi air tinggi ataupun banjir.

“Perkara ini sangat penting bagi memastikan bantuan keselamatan dapat digerakkan degan kadar segera bagi menyelamatkan mangsa-mangsa banjir seperti yang berlaku baru- baru ini,” katanya.

Sementara itu, beliau menjelaskan, atas permintaan pihak Masjid Kampung Senari yang membuat permintaan terhadap pembinaan masjid baharu dan di bina di tapak yang sama masih dalam perbincangan lanjut bersama Dato Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar selaku Ahli Parlimen Santubong. -EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *