ISNIN, 24 JANUARI 2022

MIRI: Jawatankuasa Perhubungan Parlimen SUPP Miri-Sibuti telah mengadakan aktiviti mengagihkan buah limau kepada penjaja dan pengunjung di Tamu Muhibbah dan Tamu Kedayan, Miri Central Market, Miri Unity Food Court dan Persiaran Kabor Miri pada Ahad.

Menteri Pengangkutan Sarawak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin Dato Sri Lee Kim Shin, Menteri Muda Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan I (Pelancongan) merangkap ADUN Piasau Datuk Sebastian Ting Chiew Yew dan Datuk Bandaraya Miri merangkap ADUN Pujut Adam Yii Siew Sang hadir dan memberikan buah limau Mandarin kepada rakyat tanpa mengira kaum dan agama.

Sepanjang aktiviti itu, respon yang diterima rakyat sangat baik dan berharap perayaan Tahun Baru Cina tahun ini dapat disambut mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) dengan menjaga diri daripada penularan COVID-19. -EDISI UKAS

add comment