NSJA Dan Shun Shen Lee Trading Sampaikan Sumbangan Kepada Miri Methodist Children’s Home

UKAS  > Edisi-Utara >  NSJA Dan Shun Shen Lee Trading Sampaikan Sumbangan Kepada Miri Methodist Children’s Home
0 Comments

AHAD, 30 JANUARI 2022

MIRI: Persatuan Wartawan Utara Sarawak (NSJA) dengan kerjasama Shun Shen Lee Trading (Miri) Sdn Bhd buat julung kali mengadakan lawatan kepada Rumah Kanak-Kanak Methodist Miri di Krokop sempena sambutan Tahun Baru Cina akan datang pada Sabtu. 

NSJA yang diwakili Presidennya Andy Jong Wan Joon dan Pengurus Shun Shen Lee Trading Jimmy Yii Jiun Hieng telah menyerahkan sumbangan berupa barangan makanan seperti beras, limau Mandarin, makanan dalam tin dan ang pau kepada 13 kanak-kanak berumur 6 hingga 18 tahun dan 6 orang kakitangan. 

Sementara itu, wakil Rumah Kanak-Kanak Methodist Miri Yvonne Chua Ee Lin berkata, setakat ini mereka menjaga 13 orang kanak-kanak dengan 10 lelaki dan 3 perempuan dari kawasan Baram, Lambir dan Miri.

Jelasnya lagi, kesan daripada pandemik COVID-19 menyebabkan sumbangan kewangan dan barangan daripada orang ramai berkurangan.

Kebanyaka sumbangan yang diterima digunakan untuk makanan budak-budak sebanyak 3 kali sehari, keperluan penghantaran ke sekolah, hospital dan bayaran utiliti. -EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *