Sokong Pelancongan Domestik Menerusi Gelembung Pelancongan

UKAS  > Edisi-Utama >  Sokong Pelancongan Domestik Menerusi Gelembung Pelancongan
0 Comments

SELASA, 1 FEBRUARI 2022

KUCHING: Program rintis gelembung pelancongan yang dilancarkan sebelum ini mampu merangsang industri pelancongan domestik negara.

Menteri Pelancongan Seni dan Budaya Malaysia, Dato’ Sri Nancy Shukri berkata, industri pelancongan memainkan peranan penting dalam menjana pendapatan negara dan rakyat secara keseluruhannya.

Dalam perutusan Tahun Baru Cina 2022 pada Isnin, beliau mengajak semua rakyat Malaysia bersama membantu industri pelancongan Malaysia untuk pulih semula.

“Kepada yang jauh dan telah pun lengkap dua dos vaksin, datang ke Malaysia menerusi Gelembung Pelancongan antarabangsa iaitu Langkawi, kami sedia menyambut anda,

“Manakala bagi yang dekat, teruskan menyokong pelancongan domestik dan bantu industri kita pulih semula,” katanya.

Sementara itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Batang Sadong menyeru semua pihak untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan semasa sambutan Tahun Baru Cina bagi mengekang penularan wabak COVID-19. -EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *