Azizul Adenan Hadir Saksikan Perlawanan Persahabatan Antara KCFC U21 Dan Lundu FC

UKAS  > Edisi-Selatan >  Azizul Adenan Hadir Saksikan Perlawanan Persahabatan Antara KCFC U21 Dan Lundu FC
0 Comments

RABU, 3 FEBRUARI 2022

LUNDU : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu, Azizul Annuar Adenan hadir menyaksikan perlawanan persahabatan antara pasukan Kuching City Football Club Bawah 21 Tahun (KCFC U21) dan Lundu FC Di Stadium Mini Lundu pada Rabu.

Menurut Azizul, beliau gembira dengan sambutan menggalakkan daripada penyokong dan belia-belia kampung yang aktif menyertai bidang sukan.

Ini kerana jelasnya, penglibatan belia terhadap program seumpama itu dapat memupuk semangat berpasukan, minat serta kerjasama di kalangan masyarakat.

Dalam pada itu, beliau turut menzahirkan penghargaan kepada pasukan KCFC U21 kerana memilih pasukan Lundu FC dan Sematan FC sebagai persiapan mereka beraksi dalam Piala Presiden Bawah 21 Tahun yang bermula 24 Februari ini.-EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *