Penduduk Di Kawasan Berisiko Banjir Di Bintulu Diminta Sentiasa Bersiap Siaga

UKAS  > Edisi-Utara >  Penduduk Di Kawasan Berisiko Banjir Di Bintulu Diminta Sentiasa Bersiap Siaga
0 Comments

ISNIN, 7 FEBRUARI 2022

BINTULU: Memandangkan keadaan cuaca yang tidak menentu serta angin kencang di beberapa tempat di Bintulu, Polis DiRaja Malaysia (PDRM) terus memantau bagi memastikan kawasan yang berisiko banjir sentiasa dalam keadaan bersiap siaga.

Dalam pada itu juga PDRM turut menasihati penduduk di kawasan rendah agar berwaspada dengan melindungi harta benda, keselamatan diri dan keluarga dengan menyimpan dokumen penting di tempat yang selamat.

Selain itu, pihaknya juga menasihati nelayan-nelayan kecil dan bot kecil supaya mengurangkan aktiviti ke laut.

Manakala, kepada pemandu di kawasan berisiko banjir agar merancang perjalanan supaya selamat tiba ke destinasi.-EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *