Rondaan Cegah Jenayah Pastikan Keselamatan Rakyat Bintulu Terjamin

UKAS  > Edisi-Utara >  Rondaan Cegah Jenayah Pastikan Keselamatan Rakyat Bintulu Terjamin
0 Comments

RABU, 9 FEBRUARI 2022

BINTULU: Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Daerah Bintulu sentiasa mengadakan rondaan cegah jenayah dalam memastikan keselamatan penduduk sentiasa terjamin. 

Pada Rabu, Polis Daerah Bintulu telah mengadakan rondaan berkala bagi memastikan tiadanya jenayah yang berlaku di daerah Bintulu ini. 

Antara tempat yang dijalankan rondaan ialah kawasan perumahan, pusat membeli belah, kawasan perniagaan dan sebagainya. 

Kehadiran anggota polis sekaligus memberi jaminan kepada orang ramai untuk berada di luar dalam menjalani kehidupan seharian. -EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *