Wanita Dan Pemuda PBB Kakus Jayakan Perlawanan Persahabatan Badminton

UKAS  > Edisi-Utara >  Wanita Dan Pemuda PBB Kakus Jayakan Perlawanan Persahabatan Badminton
0 Comments

SELASA, 15 FEBRUARI 2022

KAKUS: Seramai 60 orang daripada Pergerakan Wanita dan pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Kakus menjayakan perlawanan persahabatan badminton baru-baru ini.

Kaunselor Majlis Penyelidikan dan Pembangunan Sarawak (SRDC), Minggu Angga merangkap Pegawai Khas Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Dr Nuing Jeluing berkata, program ini bertujuan bagi mengeratkan silaturahim antara ahli.

Beliau menambah, pemain yang dipilih akan mewakili parti PBB ke perlawanan persahabatan Bersama dengan Parti Rakyat Sarawak (PRS) Kakus.

Hadir sama, Naib Ketua PBB Cawangan Kakus, Jayan Kanun, pengerusi Program merangkap setiausaha Kerja Parti PBB N60 Kakus Conne Sigan, Ketua Wanita PBB N60 Kakus Rohana Abdullah, dan Ketua Kampung Dagang Tatau Satim Gapar.-EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *