Program PICKids Dilaksana Selama 4 Hari Di Song

UKAS  > Edisi-Tengah >  Program PICKids Dilaksana Selama 4 Hari Di Song
0 Comments

KHAMIS, 17 FEBRUARI 2022

SONG: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Daerah Song telah mengadakan Program Imunisasi COVID-19 Untuk Kanak-Kanak (PICKids) berusia 5 hingga 11 Tahun yang bermula pada 14 Februari lepas di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) St. John Paul II.

Difahamkan, program tersebut berterusan sehingga 17 Februari bagi murid Sekolah Kebangsaan (SK) Cardinal Vaughan Song.

Pogram berjalan lancar dengan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.

Dalam pada itu, rata-rata ibu bapa yang ditemui berasa lega kerana anak-anak mereka sudah divaksin untuk dos pertama.

Ketika ditemui, ibu bapa yakin pengambilan vaksin yang lengkap boleh mengurangkan komplikasi COVID-19 di samping membantu mengurangkan penularan wabak tersebut terutamanya varian terbaharu Omicron yang kini sedang menular dalam kalangan masyarakat. – EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *