SABTU, 19 FEBRUARI 2022

KUCHING: Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Sarawak dan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah memeterai Perjanjian Memorandum Persefahaman (MOU) bertujuan membudayakan penabungan awal melalui simpanan pendidikan.

Selain itu, kerjasama ini juga diharapkan dapat membangunkan modal insan kepada pelajar UiTM melalui inisiatif program kemahiran yang berkualiti agar graduan UiTM dapat memenuhi keperluan industri sejurus mereka tamat pengajian kelak.

MOU tersebut ditandatangani Naib Canselor, Profesor Datuk Ts. Dr. Hajah Roziah Janor selaku mewakili UiTM Sarawak.

Manakala pihak PTPTN diwakili oleh Ketua Eksekutifnya, Ahmad Dasuki Abdul Majid.

Ia turut disaksikan Datuk Roland Sagah; Rektor UiTM Cawangan Sarawak, Profesor Dato Dr Jamil Hamali dan Ketua Pegawai Operasi PTPTN, Mastura Mohd Khalid.-EDISI UKAS

add comment