Agrobank Diminta Kekal Komited Perluaskan Bantuan Kepada Usahawan Sarawak

UKAS  > Edisi-Selatan >  Agrobank Diminta Kekal Komited Perluaskan Bantuan Kepada Usahawan Sarawak
0 Comments

KHAMIS, 24 FEBRUARI 2022

KUCHING: Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah mahu Agrobank komited dan terus memperluaskan bantuan kepada usahawan di Sarawak. 

Katanya, ini bagi memberikan kemudahan kepada usahawan di negeri ini mengembangkan lagi perniagaan mereka. 

“Agrobank disarankan untuk kekal komited dan meluaskan lagi capaian bantuan kewangan kepada usahawan di seluruh Sarawak,” katanya. 

Beliau berkata demikian semasa menerima kunjungan daripada Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin di pejabatnya pada Khamis. 

Pertemuan itu juga turut membincangkan cadangan inisiatif Bank Bergerak bagi membantu komuniti luar bandar Sarawak dengan menawarkan kemudahan pengeluaran wang yang akan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi.

Selain itu, Agrobank turut menawarkan produk kewangan untuk beberapa industri seperti pertanian, pembiayaan perbankan runcit, aktiviti huluan seperti bekalan input pengeluaran pertanian, aktiviti hiliran seperti pemprosesan, pemasaran dan jualan produk pertanian, serta bantuan kewangan untuk naik taraf bot bagi nelayan yang ingin menceburkan diri dalam aktiviti laut dalam.

Hadir sama Penasihat Pembangunan Usahawan (MINTRED) Sarawak Datuk Mohd Naroden Majais, Pemangku Setiausaha Tetap Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan (MINTRED) Sarawak Dzulkornain Masron, Setiausaha Tetap Kementerian Sumber Asli dan Pembangunan Bandar Datu Zaidi Mahdi, Penasihat Perdagangan Antarabangsa dan Pelaburan (MINTRED) Sarawak Datu Liaw Soon Eng dan Ketua Bahagian Pembangunan Usahawan (MINTRED) Sarawak Sayed Ismail Dato’ Sri Wan Hashim. -EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *