Rumah Milik Mathis Dapat Perhatian ADUN Opar

UKAS  > Edisi-Selatan >  Rumah Milik Mathis Dapat Perhatian ADUN Opar
0 Comments

JUMAAT, 11 MAC 2022

BAU:  Seorang penduduk dari Kampung Jugan, Mathis Jiyom, menzahirkan rasa syukur dan gembira selepas rumah miliknya mendapat perhatian daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Opar, Billy Sujang.

Billy melawat ke kediaman Mathis pada Khamis untuk menghulurkan sumbangan termasuk bantuan Program Penambahbaikan Rumah Rakyat Miskin Sarawak (PPRMS) bagi memberi keselesaan dan kemudahan kepada keluarganya.

Mathis mengakui keadaan rumah yang dibina sendiri oleh beliau itu begitu daif dan tidak sesuai untuk didiami bersama isteri dan seorang anak perempuan.

Beliau yang kini hanya bekerja sendiri sebagai pesawah setelah tidak dapat lagi menjual hasil pertanian di tepi jalan Bau-Lundu berikutan pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo, dalam masa sama atas faktor kesihatan setelah terlibat dalam kemalangan jalan raya beberapa tahun lepas, menyukarkan beliau mencari sumber pendapatan.

Menurut Mathis, ini merupakan kali kedua ADUN Opar itu melawat keluarganya dan beliau amat berterima kasih di atas bantuan yang diberikan.-EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *