Kawasan Tebedu Mampu Dijadikan Hab Pertanian Serta Ekopelancongan

UKAS  > Edisi-Selatan >  Kawasan Tebedu Mampu Dijadikan Hab Pertanian Serta Ekopelancongan
0 Comments

JUMAAT, 11 MAC 2022

SERIAN: Kawasan Tebedu mampu dijadikan sebagai hab pertanian dan ekopelancongan sekaligus merangsang ekonomi masyarakat setempat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tebedu, Dr. Simon Sinang Bada berkata, langkah itu secara langsung membuka lebih banyak peluang pekerjaan dalam industri pertanian dan ekopelancongan.

Justeru, beliau berharap pihak Pejabat Daerah Serian dan Jabatan Pertanian Bahagian Serian untuk mengenalpasti kawasan yang berpotensi dijadikan hab pertanian dan ekopelancongan.

“Sebagai seorang yang minat dengan bidang pertanian dan perternakan, saya tahu apa jua isu yang dihadapi oleh seorang petani dan penternak yang telah berjaya dan tidak berjaya.

“Apa yang penting ialah komitmen tinggi dan keazaman untuk berjaya sama ada dalam sektor pertanian, penternakan dan ekopelancongan,” katanya selepas mengadakan lawatan kerja ke Pejabat Daerah Serian dan Pejabat Pertanian Bahagian Serian pada Jumaat.

Lawatan beliau disambut oleh Pegawai Daerah Serian, Lim Hock Meng.

Sementara itu, beliau memberitahu, peruntukan projek transformasi luar bandar (RTP) bagi membina akses jalan pertanian juga disediakan bagi membantu para petani di kawasan berkenaan. -EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *