Baruk Lama Kampung Gumbang Siap Dinaik Taraf

UKAS  > Edisi-Selatan >  Baruk Lama Kampung Gumbang Siap Dinaik Taraf
0 Comments

KHAMIS, 17 MAC 2022

BAU: Projek menaik taraf Baruk Lama Kampung Gumbang siap dilaksanakan dan akan terus dipelihara sebagai tarikan pelancong di daerah ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serembu, Miro Simuh hadir menyaksikan penyerahan projek siap tersebut yang disempurnakan oleh pihak pemaju kepada Ketua Kampung Gumbang pada Rabu.

Miro memberitahu, projek di bawah Program Transformasi Luar Bandar (RTP) Dewan Undangan Negeri (DUN) Serembu itu telah memakan masa selama 24 minggu untuk siap sepenuhnya, dengan kos bernilai RM100,000. 

Justeru, beliau berharap dengan siapnya naik taraf Baruk Lama yang masih mengekalkan keasliannya itu, penduduk setempat dapat menjaga dan menggunakannya dengan sebaik mungkin. 

Untuk makluman, Baruk Lama Kampung Gumbang turut diberi gelaran ‘Baruk Warisan’ (Heritage Baruk) yang wujud lebih 100 tahun sebagai simbol utama perkampungan tradisional Bidayuh.-EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *