ADUN Sadong Jaya Tinjau Projek Parit Konkrit Di Sadong Jaya Ulu

UKAS  > Edisi-Selatan >  ADUN Sadong Jaya Tinjau Projek Parit Konkrit Di Sadong Jaya Ulu
0 Comments

SELASA, 22 MAC 2022

SADONG JAYA: Timbalan Menteri Insfrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan 1, Ir Aidel Lariwoo telah melakukan tinjauan ke Sadong Jaya Ulu baru-baru ini.

Beliau selaku Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sadong Jaya memeriksa dan mengambil maklum mengenai Projek Parit Konkrit yang telah diluluskan untuk kawasan itu dan mula dilaksanakan.

Tinjauan tersebut turut disertai Setiausaha Sulit beliau, Salem Benga; Timbalan Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan, Mutalib Julaihi dan Ketua Wanita PBB Cawangan Sadong Jaya, Salasiah Bujang Narawi.

Ir Aidel di kesempatan itu berharap agar kerja-kerja -tersebut dapat dilaksanakan dengan baik dan teratur di samping menasihati pemimpin masyarakat di kampung berkenaan supaya sentiasa memantau dan peka dengan setiap projek yang di jalankan di kawasan. -EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *