Kemudahan Setiap Rumah Api Di Sarawak Akan Ditambah Baik

UKAS  > Edisi-Utara >  Kemudahan Setiap Rumah Api Di Sarawak Akan Ditambah Baik
0 Comments

SELASA, 22 MAC 2022

MIRI: Bermula 4 Januari 2022, Lembaga Boya dan Rumah Api Sarawak telah diletakan di bawah selian Kementerian Pengangkutan Sarawak. 

Susulan itu, Menteri Pengangkutan Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin  bersama pegawai-pegawai Kementerian Pengangkutan Sarawak telah mengadakan lawatan dan memeriksa keadaan pelampung pandu (boya) dan rumah api di Kuala Baram dan Tanjung Lopang Miri. 

“Beberapa tindakan perlu diambil untuk menambah baik kemudahan dan kelengkapan termasuk pemasangan pagar, pemasangan cctv kepada kesemua rumah api Sarawak dan mengkaji juga berkesesuaian pemasangan solar di setiap rumah api,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa ditemui selepas mengadakan lawatan ke Rumah Api Tanjung Lobang Miri pada Selasa. 

Rumah Api Tanjung Lobang mula dibina Kerjaan British pada tahun 1936 yang merupakan kawasan tibanya tentera Jepun mendarat dalam perang Dunia Kedua di Sarawak pada 16 Disember 1941. 

Selepas musnah semasa penjajahan Jepun, ianya telah dibina semula dan digunakan sehingga ke hari ini.  

Selain Rumah Api Tanjung Lobang, ada enam lagi rumah api di Sarawak iaitu Rumah Api Tanjung Dato, Tanjong Po, Tanjung Jerijeh, Tanjung Sirik, Tanjung Kidurong dan Tanjung Baram. 

Hadir sama Pegawai Laut Unit Pengurusan Trafik dan Bantuan Pelayaran Miri Mohammad Amrun Hafey.-EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *