ADUN Tanjong Datu Tinjau Projek RTP Bina Baru Tandas Awam di Telok Melano

UKAS  > Edisi-Selatan >  ADUN Tanjong Datu Tinjau Projek RTP Bina Baru Tandas Awam di Telok Melano
0 Comments

RABU, 23 MAC 2022

SEMATAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu, Azizul Annuar Adenan meninjau perkembangan Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) bagi membina baru tandas awam di Telok Melano pada Selasa.

Semasa tinjauan itu, Azizul menggesa pihak kontraktor untuk menyiapkan projek tersebut dengan segera memandangkan status pelaksanaannya lewat dari jadual.

Katanya, projek RTP bernilai RM200,000 itu dijangka memberikan manfaat kepada penduduk setempat khususnya pengunjung di Pantai Telok Melano pada masa akan datang.

Dalam tinjauan sama, Azizul telah menyerahkan tapak projek RTP Naiktaraf Dewan Telok Melano kepada kontraktor dilantik, Mohafiza Engineering Sdn Bhd.

Beliau juga berkesempatan memantau beberapa lokasi di Kampung Telok Melano yang memerlukan beberapa penambahbaikan serta naik taraf dari segi pembangunan serta kemudahan asas.

Turut hadir, Ketua Kaum Kampung Telok Melano, Amezan; wakil Setiausaha Majlis Daerah Lundu, Effa Natrah dan Kaunselor Abu Seman. -EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *