Petani Dan Pekebun Di DUN Sebuyau Disaran Ambil Peluang Serta Majukan Diri Ke Arah Pertanian Moden

UKAS  > Edisi-Selatan >  Petani Dan Pekebun Di DUN Sebuyau Disaran Ambil Peluang Serta Majukan Diri Ke Arah Pertanian Moden
0 Comments

RABU, 23 MAC 2022

SEBUYAU: Para petani dan pekebun disaran mengambil peluang seterusnya memajukan diri menerusi penggunaan pertanian moden.

Menurut Residen Bahagian Samarahan, Brahim Lumpu, Program Agriculture Community Outreach (AgriCOP) berpeluang memberi pendedahan secara langsung mengenai perkembangan industri pertanian yang terkini kepada golongan pekebun kecil di kawasan itu.

“Dalam masa sama, ia bertujuan mengukuhkan hubungan rapat antara keluarga tani yang berada di kawasan luar bandar,” katanya semasa mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau, Datuk Julaihi Narawi merasmikan Majlis penutupan AgriCOP Dewan Undangan Negeri (DUN) Sebuyau Tahun 2022 pada Selasa.

Program anjuran Jabatan Pertanian Daerah Sebuyau tersebut diadakan di Dewan Serbaguna Kampung Sampat Sebangan bermula pada jam 9.00 pagi dengan sesi ceramah dan penerangan ringkas mengenai bantuan serta pembangunan pertanian kepada peserta.

Turut hadir, Penolong Pegawai Pertanian Bahagian Samarahan, Jakaria Ann; Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK), Dahari Jolhi; Pemanca Masyarakat Melayu Daerah Simunjan, Asli Yahya dan Ketua Masyarakat Kampung Sampat Sebangan, Martasan Bujang.-EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *