Masyarakat Cina Digesa Terus Patuhi SOP Semasa Festival Ching Ming

UKAS  > Edisi-Utara >  Masyarakat Cina Digesa Terus Patuhi SOP Semasa Festival Ching Ming
0 Comments

ISNIN, 28 MAC 2022

MIRI: Masyarakat Cina yang datang untuk menghormati Festival Ching Ming pada tahun ini supaya terus mematuhi dan mengamalkan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan seperti memakai pelitup muka, mengimbas MySejahtera, mengamalkan penjarakan fizikal dan menggunakan pembersih tangan atau semburan alkohol.

Gesaan ini disuarakan Menteri Pengangkutan Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin dalam perbincangannya bersama Jawatan kuasa Persatuan Ghee San Riam Mir pada Ahad.

Festival Ching Ming yang juga dikenali sebagai ‘Hari Membersihkan Kubur’ merupakan salah satu tradisi penting masyarakat Cina untuk memberi penghormatan dan pengingatan kepada nenek moyang dan ahli keluarga yang sudah meninggal dunia.

Turut dibincangkan cara-cara pengurusan yang lebih efektif dalam pengendalian hal-hal perkuburan termasuk mencadangkan pengendalian secara lebih digitalis sejajar dengan perkembangan teknologi dunia, jadual pemotongan rumput yang lebih efisien, langkah-langkah pengendalian kubur-kubur lama yang terbiar dan sebagainya.-EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *