AHAD, 3 APRIL 2022

MARUDI: Penduduk di Rumah Ridab Sungai Pasir perlu mengambil peluang di dalam penganjuran program ini dengan bertanyakan tentang penjagaan kesihatan. 

Menurut Pegawai Tadbir Pejabat Daerah Marudi Reagen Edwin, banyak informasi dan maklumat berkaitan kesihatan boleh didapati menerusi program ini. 

“Penting untuk masyarakat menjaga kesihatan tubuh badan mereka contohnya dengan mengamalkan senaman.

“Selain itu, mereka juga perlu menjaga kesihatan mental dan emosi. Ini kerana sejak penularan wabak COVID-19, ramai yang mengalami masalah berkaitan emosi dan mental pada tahap membimbangkan,” katanya semasa berucap dalam Program Komuniti Sejahtera 2022 anjuran Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Daerah Marudi di Rumah Ridab Sungai Pasir pada Khamis. 

Dalam pada itu, beliau turut menggesa penduduk mengeratkan hubungan dengan wakil rakyat dan agensi kerajaan supaya tidak ketinggalan dari segi pembangunan dan isu-isu semasa yang berlaku. 

Hadir sama Pembantu Pembangunan Masyarakat Pembangunan Desa (PPMPD) KEMAS Marudi Hafizahlika Drahman, Tuai Rumah Ridab Slat dan Pembantu Penerangan Ting Ah Tai.-EDISI UKAS

add comment