RM2 Juta Diperuntukan Naik Taraf Jalan Penyarai Dan Jalan Simpang Rh Malo

UKAS  > Edisi-Utara >  RM2 Juta Diperuntukan Naik Taraf Jalan Penyarai Dan Jalan Simpang Rh Malo
0 Comments

RABU, 6 APRIL 2022

TATAU: Kerajaan Sarawak telah memperuntukkan sebanyak RM2 juta tambahan RM500,000 daripada peruntukan asal bagi menaik taraf Jalan Penyarai. 

Menteri di Jabatan Premier Sarawak Datuk John Sikie Tayai berkata, peruntukan tambahan ini bagi menaik taraf jalan simpang Rh Malo. 

“Peruntukan untuk membaik pulih jalan ini adalah sebanyak RM1.5 juta dan baru-baru ini juga Kerajaan Sarawak telah meluluskan RM500,000 lagi untuk membaik pulih jalan simpang Rh Malo. 

“Oleh yang demikian, jumlah peruntukan keseluruhan untuk menaik taraf jalan ini adalah sebanyak RM2 juta. 

“Ini adalah langkah sementara untuk membaik pulih jalan ini dan pada masa akan datang jalan ini dapat dinaik taraf kepada jalan yang lebih baik seperti jalan premix,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap melancarkan Kerja-Kerja Menaik Taraf Jalan Penyarai di Simpang Jalan Penyarai, Tatau pada Isnin. 

Jalan dari simpang menuju ke Sungai Penyarai sepanjang 27 kilometer akan diperbaiki dengan peruntukan RM1.5 juta.

Dalam pada itu, Datuk John Sikie telah memberitahu telah berbincang dengan Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Pegawai Daerah Tatau Jabang Juntan untuk menaik taraf Jalan Nanga Kelebu ke Rh Ado dengan menggunakan premix/tar, kedua menaik taraf jalan dari Simpang Zetty ke Simpang Penyarai lebih kurang 28 kilometer termasuk jalan menuju Rh Japing dan Rh Japit, termasuk juga menaik taraf jalan menuju ke Penyarai kepada jalan premix.

Datuk John yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kakus jalan di Nanga Takan juga akan dinaik taraf. 

“Kerja-kerja menaik taraf ini dilakukan secara berperingkat. Jalan tanah kita akan naik taraf kepada jalan batu dan seterusnya ke jalan yang lebih baik lagi seperti jalan premix.

“Manakala, jalan menuju ke Long Beyak Tatau dari Data Kakus  dengan kos RM47 juta akan dibuka untuk proses tender pada masa terdekat,” ujarnya. 

Terdahulu, Pegawai Daerah Tatau Jabang Juntan memberitahu projek menaik taraf Jalan Penyarai ini akan diselia JKR melibatkan skop kerja termasuk membuat parit tepi jalan dan menabur batu khususnya tempat-tempat jalan yang rosak.

Hadir sama Jurutera Bahagian Bintulu (JKR) Lau Pit Hwa.-EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *