Empat Sekeluarga Mangsa Kebakaran Terima Sumbangan Ahli Parlimen Kota Samarahan

UKAS  > Edisi-Selatan >  Empat Sekeluarga Mangsa Kebakaran Terima Sumbangan Ahli Parlimen Kota Samarahan
0 Comments

SABTU, 9 APRIL 2022

KOTA SAMARAHAN: Prihatin dengan nasib malang yang dihadapi sebuah keluarga yang terjejas akibat kediaman mereka terbakar, Ahli Parlimen Kota Samarahan, Datuk Rubiah Wang segera menyampaikan sumbangan kepada mangsa berkenaan.

Sumbangan tersebut telah diserahkan oleh Pegawai Khas Ahli Parlimen Kota Samarahan, Syahrizzal Arfandy Adam pada petang Sabtu.

Datuk Rubiah yang sedang berada di Kuala Lumpur untuk menghadiri Persidangan Khas Parlimen telah menghantar wakilnya untuk menziarahi mangsa serta keluarganya dan menyampaikan bantuan awal bagi membolehkan keperluan mangsa kebakaran berkenaan dapat dipenuhi.

Sementara itu, ketika ketika dihubungi, beliau turut memaklumkan akan berbincang bersama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan (JKKK) Kampung Binyu Lama serta pihak berwajib yang lain untuk menggerak atur penyelesaian kepada mangsa kebakaran.

Katanya, mangsa mengalami kerugian besar akibat kejadian pada malam Khamis lepas.

Pemilik rumah, Semawi Daud, kini terpaksa redha dengan dugaan yang menimpanya apabila dia bersama isteri dan dua anaknya hilang tempat berteduh dalam sekelip mata.

Turut musnah ialah sebuah kereta serta sebuah motosikal miliknya yang tidak sempat diselamatkan berikutan api yang marak dengan pantas dan pada masa kejadian beliau serta keluarganya berada di masjid untuk menunaikan solat tarawih. -EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *