SEDC Santuni 102 Kanak-Kanak Kompleks Kebajikan Laila Taib, Kuching

UKAS  > Edisi-Utama >  SEDC Santuni 102 Kanak-Kanak Kompleks Kebajikan Laila Taib, Kuching
0 Comments

JUMAAT, 15 APRIL 2022

KUCHING: Seramai 102 kanak-kanak dari Kompleks Kebajikan Laila Taib, Kuching disantuni dalam satu majlis anjuran Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC).

Majlis tersebut telah dihadiri Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg yang diadakan di Hotel Grand Margherita Kuching pada Khamis.

Majlis dimulakan dengan Datuk Patinggi Tan Sri Abang Zohari menyerahkan sumbangan berupa duit raya dan barangan kelengkapan sekolah kepada kanak-kanak Kompleks Kebajikan Laila Taib.

Beliau kemudiannya menyaksikan penyerahan Zakat Perniagaan SEDC yang disampaikan Pengerusinya Tan Sri Datuk Amar (Dr) Abdul Aziz Dato Hussain kepada Tabung Baitumal Sarawak yang diwakili Timbalan Pengurus Besar Tabung Baitulmal Sarawak, Bolhassan Iskandar Taibi berjumlah RM150,000.

Selepas itu, Premier Sarawak bersama tetamu yang hadir berbuka puasa dan menunaikan solat Maghrib, solat Isyak dan solat Tarawih berjemaah yang diimamkan oleh Imam Besar Negeri Sarawak Datuk Mustapha Kamal Ahmad Fauzi.

Turut hadir, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Seni yang juga Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah dan dif-dif kehormat yang lain.-EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *