KJM Sourabaya Hilir & DBKU Anjur Program Pengagihan Bubur Lambuk

UKAS  > Edisi-Selatan >  KJM Sourabaya Hilir & DBKU Anjur Program Pengagihan Bubur Lambuk
0 Comments

SABTU, 16 APRIL 2022

KUCHING: Kejiranan Mesra (KJM) Sourabaya Hilir dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) telah menganjurkan Program Pengagihan Bubur Lambuk pada Sabtu.

Program amal itu disempurnakan oleh Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi bertempat di Panggung Udara Tebingan Sungai BGS Sourabaya Hilir.

Hasil gotong-royong memasak bubur lambuk oleh pihak KJM Sourabaya bersama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) serta Jawatankuasa Surau Al Kornia, sebanyak 500 pek bubur lambuk berjaya diagihkan kepada penduduk di sekitar kampung tersebut.-EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *