RABU, 20 APRIL 2022

MIRI: Persatuan Wartawan Utara Sarawak (NSJA) akan menganjurkan Pertandingan Lensa Ramadan dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2022 dari 16 April sehingga 16 Mei 2022.

Menurut Presidennya Andy Jong Wan Joon, pertandingan ini dibahagikan kepada dua kategori iaitu kategori terbuka untuk orang awam dan kategori ahli untuk ahli-ahli NSJA.

“Peserta hanya perlu menghantar penyertaan menerusi emel gambar penyertaan, berserta maklumat peribadi termasuk nama, nombor kad pengenalan, nombor telefon bimbit, alamat e-mel dan tempat pengambilan gambar dalam emel dan hantar ke nsja.miri@gmail.com.

“Penyertaan adalah percuma tanpa sebarang bayaran yang bermula 16 April sehingga 16 Mei 2022.

“Peserta hanya perlu Klik “Like” dan “Share” halaman Facebook rasmi “NSJA MIRI”, pihak penganjur akan memuat naik semua gambar peryertaan  ke  laman Facebook rasmi “NSJA MIRI” untuk undian umum selepas tarikh tutup penghantar penyertaan pada 16 Mei 2022,” katanya menerusi kenyataan selepas mengadakan kunjungan hormat ke atas Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan I Datuk Sebastian Ting Chiew Yew di pejabatnya pada Selasa. 

Pada kunjungan itu, Datuk Sebastian Ting turut menyempurnakan simbolik pelancaran Pertandingan Lensa Ramadan dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2022. 

Proses pengundian penyertaan akan bermula pada 18 sehingga 25 Mei 2022.

Orang ramai boleh mengundi dengan menekan “Like” dan “Share” laman facebook rasmi “NSJA MIRI“ untuk menjadi peminat dan kongsi halaman ini,selepas itu Klik “like” di bawah gambar yang anda ingat undi untuk pemenang anugerah “Like” dan “Share” yang terbanyak.

Antara hadiah-hadiah yang ditawarkan bagi setiap kategori ialah juara akan menerima wang tunai RM500, sijil, hadiah dari Siti Payung dan beras Shun Rice, naib juara wang tunai RM300, sijil, hadiah dari Siti Payung dan beras Shun Rice, tempat ketiga wang tunai RM200, sijil, hadiah dari Siti Payung dan beras Shun Rice, tempat keempat wang tunai RM150, sijil, hadiah dari Siti Payung dan beras Shun Rice, dan tiga hadiah saguhati wang tunai RM50, sijil, hadiah dari Siti Payung, beras Shun Rice. 

Turut dipertandingkan like dan share paling banyak yang akan membawa pulang wang tunai RM100, sijil, hadiah dari Siti Payung dan beras Shun Rice.

Mengulas mengenai pertandingan ini, Andy memberitahu tujuan pertandingan ini adalah untuk membantu menambah dan mempromosikan suasana ramadan dan hari raya Aidifitri di persekitaran bandar raya Miri dengan melalui pengambilan gambar untuk dimuat naik di laman facebook dalam tempoh wabak COVID-19 dengan cara melalui pentandingan di laman web ini harapan dapat menyumbang kepada industri pelancongan.

“Tema pertandingan ini ialah berdasarkan suasana ramadan dan Perayaan Hari Raya Aidilfitri di sekitar bandar raya Miri dengan topik bahan seperti seni bina, adat budaya dan landskap semula jadi, untuk mempersembahkan suasana perayaan Hari Raya Aidilfitri dan mempamerkan perayaan berbilang kaum, budaya dan agama Sarawak secara harmoni antara satu sama lain.

“Peserta perlu mengambil gambar yang berkaitan dengan suasana dan hiasan perayaan contohnya hiasan rumah, kedai, gerai, bangunan di sekeliling persekitaran bandar raya Miri.

“Penyertaan fail gambar digital yang dihantar melalui email perlu dalam format JPEG dan tidak kurang daripada 1.5MB dan tidak lebih daripada 3MB,” ujarnya. 

Keputusan dan penyampaian hadiah akan diumumkan kemudian. -EDISI UKAS

add comment