Program Ziarah UKAS Semarak Ramadan Diteruskan Di Kampung Muhibbah

UKAS  > Edisi-Selatan >  Program Ziarah UKAS Semarak Ramadan Diteruskan Di Kampung Muhibbah
0 Comments

KHAMIS, 21 APRIL 2022

SRI AMAN: Penganjuran Program Ziarah UKAS Semarak Ramadan diteruskan lagi di Kampung Muhibbah, Simanggang pada Rabu.

Sebanyak 100 pek bubur lambuk dan 100 buah kotak sumbangan dari pihak Unit Komunikasi Dan Penerangan Sarawak (UKAS) merangkumi buah kurma, pelitup muka, air mineral dan cecair pencuci tangan diagihkan kepada penduduk di kawasan tersebut.

Program seumpama itu bertujuan mengeratkan semangat perpaduan antara penduduk dan kakitangan kerajaan di samping menjadi asbab perkukuhkan silaturahim di kawasan Simanggang.

Turut hadir, Timbalan Residen Bahagian Sri Aman, Elvis Didit; Pegawai Daerah Sri Aman, Mohd Ashree Wee; Penghulu Tiong dan Ketua Kaum, Jolly Ramli.-EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *