Kuching City FC Lakar Kemenangan Bergaya Benam Projek FAM-MSN

UKAS  > Edisi-Tengah >  Kuching City FC Lakar Kemenangan Bergaya Benam Projek FAM-MSN
0 Comments

AHAD, 24 APRIL 2022

KUCHING: Pasukan Kuching City FC kembali di landasan kemenangan dalam kempen Liga Premier 2022 selepas berjaya mengatasi Projek FAM-MSN 4-0 pada Sabtu.

Dalam aksi berlangsung di Stadium Negeri, Petra Jaya, ayam tambatan Kuching City FC, Abu Kamara meletakkan pasukannya di hadapan pada minit ke-24.

Ia selepas percubaannya terbias pertahanan lawan dan menerjah ke gawang Projek FAM-MSN.

Kuching City FC semakin selesa hasil jaringan kedua Shafizi Iqmal Md Khirudin pada minit ke-34.

Tuan rumah menggandakan asakan sebaik babak kedua bermula dan berjaya menambah jaringan menerusi Yuki Tanagawa pada minit ke-75.

Wan Mohamad Faiz Wan Sulaiman melengkapkan pesta gol Kuching City FC dengan menjaringkan gol keempat pada minit ke-80.

Kemenangan itu melonjakkan Kuching City FC di tangga keempat liga dengan mengumpul enam mata dari tiga perlawanan.

Pasukan kendalian Irfan Bakti akan meneruskan kempen menentang PDRM FA di gelanggang lawan pada 28 April ini. – EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *