Projek Naik Taraf Jalan Rumah Rantai, Sebintek Kini Siap

UKAS  > Edisi-Tengah >  Projek Naik Taraf Jalan Rumah Rantai, Sebintek Kini Siap
0 Comments

KHAMIS, 5 MEI 2022

SELANGAU: Penduduk Rumah Rantai Ngelambai, Sebintek di Selangau kini boleh mengukir senyuman selepas projek menaik taraf jalan rumah panjang mereka sudah siap dilaksanakan.

Projek di bawah Program Transformasi Luar Bandar (RTP) dengan kos RM100,000 itu telah dirasmikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamin, Ir Christopher Gira Sambang pada Isnin.

Menurut Tuai Rumah Rantai, projek yang bermula pada 3 Mac 2022 itu telah siap awal dari tempoh yang ditetapkan iaitu pada September 2022.

Beliau yang mewakili penduduk 15 pintu rumah panjang itu turut merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Ir. Christopher Gira di atas pelaksanaan projek tersebut.

Ujarnya, sebelum ini mereka terpaksa menggunakan jalan batu dan sukar untuk dilalui terutamanya musim hujan.

Dalam pada itu, beliau turut memuji komitmen Ir. Christopher Gira yang sering turun padang bagi mendengar isu dan pandangan penduduk DUN Tamin.-EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *