ADUN Repok Sumbang Bakul Makanan Kepada 12 Keluarga Mangsa Kebakaran

UKAS  > Edisi-Tengah >  ADUN Repok Sumbang Bakul Makanan Kepada 12 Keluarga Mangsa Kebakaran
0 Comments

ISNIN, 30 APRIL 2022

REPOK: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok, Dato’ Sri Huang Tiong Sii telah memberikan sumbangan berupa bakul makanan kepada 12 keluarga yang terlibat dalam tragedi kebakaran kedai pada Ahad.

Dato’ Sri Huang turut berjanji akan membekalkan spandex dan capping kepada mangsa-mangsa terlibat untuk menjalankan kerja baikpulih rumah.

Beliau juga berharap agensi-agensi yang berkaitan boleh menyalurkan bantuan kepada mangsa kebakaran untuk meringankan serba sedikit beban mereka.

Kejadian yang berlaku pada 28 April lepas meranapkan lapan lot kedai di Jalan Industri-Nyelong Estate Sarikei musnah sepenuhnya.

Manakala empat lagi lot rumah kedai hanya mengalami sedikit kemusnahan. -EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *