ISNIN, 30 MEI 2022

MARUDI: Setiap Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) kawasan Puyut Lubok Nibong perlu memastikan setiap peruntukan yang diterima ini digunakan dengan telus. 

Ketua Masyarakat Iban Kawasan Marudi Pemanca Randie Bundan berkata, ini bagi mengelak sebarang kekeliruan di kalangan penduduk.

Katanya lagi, peruntukan ini dapat membantu JKKK dan penduduk di rumah-rumah panjang dalam melaksanakan aktiviti tahunan mereka dan juga digunakan untuk membina rumah panjang baharu. 

“Peruntukan ini juga diharap dapat membantu penduduk untuk membeli barang keperluan bagi membina rumah panjang baru memandangkan pada ketika ini kebanyakan rumah panjang masih dalam pembinaan,” katanya yang mewakili Ahli Parlimen Baram Anyi Ngau dalam Penyampaian Geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) Parlimen Baram di Pusat Khidmat DUN Mulu, Marudi pada Jumaat. 

Sebanyak 46 JKKK kawasan Puyut Lubok Nibong menerima peruntukan MRP berjumlah RM267,000. 

Hadir sama Pengerusi Sarakup Indu Dayak Sarawak (SIDS) Pampang Marudi Kaunselor Yanti Nyanggau dan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) serta Tuai-tuai Rumah.-EDISI UKAS

add comment