Persembahan Simfoni Orkestra Negeri Sarawak (SONS) 2022 Disambut Baik Oleh Masyarakat Dalat

UKAS  > Edisi-Tengah >  Persembahan Simfoni Orkestra Negeri Sarawak (SONS) 2022 Disambut Baik Oleh Masyarakat Dalat
0 Comments

ISNIN, 30 MEI 2022

DALAT: Persembahan Simfoni Orkestra Negeri Sarawak (SONS) 2022 telah berlangsung dengan jayanya di Stadium Perpaduan Dalat pada Sabtu.

Persembahan simfoni tersebut memberi pendedahan dan pengalaman kepada orang luar bandar sekaligus memberi peluang kepada kumpulan okestra mengadakan persembahan dari kalangan pemuzik yang profesional kepada penduduk luar bandar di bahagian-bahagian di Sarawak.

Inisiatif ini dilaksanakan melalui Majlis Seni Sarawak (MSS), yang mana pendekatan adalah untuk merakyatkan seni orkestra.

Sementara itu, program tersebut mendapat sambutan yang baik oleh penduduk di sekitar Dalat untuk menikmati alunan muzik dan nyanyian kumpulan orkestra (SONS) yang mengasyikkan.

Turut hadir Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah; Pegawai Daerah Dalat, Kueh Lei Poh; Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Seni Sarawak, Awang Putrayusrie Awang Redzuan serta Pegawai Pendidikan Daerah Dalat, Magdaline Jon.-EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *