Pemangku Pegawai Daerah Sebuyau Tinjau PPS Di Daerah Sebuyau

UKAS  > Edisi-Selatan >  Pemangku Pegawai Daerah Sebuyau Tinjau PPS Di Daerah Sebuyau

RABU, 1 JUN 2022

SEBUYAU: Satu lawatan kerja yang diketuai Pemangku Pegawai Daerah Sebuyau, Jerry Zannuddin Bidin telah diadakan ke beberapa Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di sekitar Daerah Sebuyau pada Selasa.

Lawatan tersebut bertujuan memeriksa fasiliti yang dikenal pasti sebagai PPS bagi menghadapi bencana banjir pada masa depan.

Antara PPS yang dilawati dan diperiksa ialah Bangunan Masjlid Lama Kampung Seruyuk, PPS Dewan Masyarakat Kampung Sungai Ladong, PPS Kampung Segali, PPS Dewan Masyarakat Kampung Lutong Sebangan, PPS Dewan Masyarakat Kampung Entangor dan PPS Dewan Kampung Senayang.

Hasil lawatan tersebut didapati kebanyakan bangunan PPS tersebut berada dalam keadaan memuaskan manakala terdapat segelintir kemudahan di PPS yang perlu diperbaiki atau dinaik taraf.

Turut hadir ialah Pegawai Tadbir Sebuyau Ajis Ahmad serta wakil-wakil daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat Bahagian Samarahan, Jabatan Kerja Raya Bahagian Samarahan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Simunjan dan Angkatan Pertahanan Awam Bahagian Samarahan. -EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *