ADUN Simunjan Santuni Program Gawai 2022 Kampung Sebuyau Ensengei Iban Baru

UKAS  > Edisi-Selatan >  ADUN Simunjan Santuni Program Gawai 2022 Kampung Sebuyau Ensengei Iban Baru
0 Comments

KHAMIS, 2 JUN 2022

SIMUNJAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan, Awla Dris hadir menyempurnakan Program Gawai 2022 Kampung Sebuyau Ensengei Iban Baru pada Selasa.

Program tersebut bertujuan memeriahkan lagi suasana di kampung bersempena dengan musim perayaan Hari Gawai serta sebagai platform mendekatkan pemimpin tempatan bersama para penduduk.

Beliau dalam ucapannya memberitahu, Projek Ruai Rumah Panjang yang masih belum siap tersebut akan disambungkan semula oleh kontraktor yang baharu setelah kontraktor sebelum ini gagal menyiapkannya.

Jelasnya, setelah siap pembinaan lantai di ruai tersebut, maka beliau akan menyalurkan peruntukan tambahan sebanyak RM300,000 untuk kerja-kerja menukar atap, membuat siling dan pendawaian elektrik yang baharu.

Pada majlis tersebut, turut diadakan aktiviti seperti pertandingan ‘Tandak’ lama, persembahan karaoke, dan juga pertunjukan bunga api diikuti dengan upacara ‘Ngetas Ranyai’ yang merupakan tradisi di rumah panjang sempena Gawai sebagai acara kemuncak program tersebut.

Antara yang turut hadir ialah Tuai Rumah Minchong Pakal dari Kampung Sebuyau Ensengei Iban Baru, serta KK Hamzah Samsawi dari Kampung Terasi. -Edisi UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *