Politik Sarawak Stabil Membolehkan Suasana Gawai Disambut Meriah

UKAS  > Edisi-Utara >  Politik Sarawak Stabil Membolehkan Suasana Gawai Disambut Meriah
0 Comments

JUMAAT, 3 JUN 2022

MIRI: Sambutan Hari Gawai pada tahun ini sangat dinantikan apabila ia dapat diraikan dengan meriah dalam suasana politik Sarawak yang stabil dan harmoni.

Ahli Parlimen Sibuti Lukanisman Awang Sauni, berterima kasih kepada penduduk rumah panjang di Sungai Telajin yang terus memberikan sokongan kepada calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) Dr Ripin Lamat pada Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) lepas. 

“Kemenangan ini telah membolehkan Dr Ripin dilantik sebagai Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan II (Pembangunan Usahawan).

“Ini merupakan peluang terbaik bagi kawasan DUN Lambir untuk terus menerima pembangunan yang baik,” katanya semasa berucap dalam Majlis Pra Gawai di Rumah Panjang Sungai Telajin A baru-baru ini. 

Dalam pada itu, Lukanisman turut menekankan aspek kepercayaan kepada tuai rumah sangat penting supaya tidak akan berlakunya perbalahan dan ini dapat menyuarakan masalah rakyat serta memohon pembangunan di kawasan mereka tanpa berbelah bahagi. 

Mengenai masalah air dan telekomunikasi ini, beliau berkata Kerajaan Sarawak akan terus mempertingkat dan memastikan setiap rakyat dapat menikmati kemudahan asas yang mencukupi. 

“Masalah ini akan terus diperjuangkan walaupun memakan masa yang lama. 

“Sokongan rakyat amat penting untuk GPS terus memberikan pembangunan kepada rakyat terutama di kawasan luar bandar,” ujarnya. -EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *