Aktiviti Penguatkuasaan KPDNHEP Cawangan Mukah Berjalan Lancar

UKAS  > Edisi-Tengah >  Aktiviti Penguatkuasaan KPDNHEP Cawangan Mukah Berjalan Lancar
0 Comments

ISNIN, 6 JUN 2022

MUKAH: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah mengadakan aktiviti penguatkuasaan bertempat di Bandar Mukah pada Sabtu.

Tugasan yang diadakan adalah Pemerikaan Penguatkuasaan Akta KPDNHEP, Pemeriksaan Penentuan Harga Maksimum Ayam dan Telur Ayam (PHMATA 2022), Pemeriksaan Bekalan Barang Keperluan Asas dan Pemeriksaan Penguatkuasaan Akta 342.

Hasil daripada pemeriksaan Penguatkuasaan Akta KPDNHEP didapati para peniaga mematuhi dengan meletakkan tanda harga dipamerkan dengan jelas dan alat timbang dan sukat yang digunakan masih dalam tempoh sah.

Bagi Pemeriksaan Penentuan Harga Maksimum ayam dan Telur Ayam (PHMATA 2022), Pemeriksaan Penguatkuasan Akta 342 kebanyakan premis mengamalkan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) dengan memastikan semua pelanggan mengamalkan pemakaian pelitup hidung dan mulut sebelum masuk ke dalam premis.

Namun begitu, satu tindakan kes di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999 telah diambil kerana telah memberikan gambaran yang mengelirukan mengenai harga barang.

Orang ramai yang mempunyai sebarang aduan/pertanyaan boleh dibuat secara terus melalui http://e-aduan.kpdnhep.gov.my atau boleh menghubungi 084-872726 (KPDNHEP Mukah), Whatsapp 0198488000/ 0192794317, Talian Hotline 1800886800 atau email ke e-aduan@kpdnhep.gov.my. -EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *