Kunjungan Delegasi Duta Republik Korea Ke Serian Bakal Tingkatkan Pelaburan

UKAS  > Edisi-Selatan >  Kunjungan Delegasi Duta Republik Korea Ke Serian Bakal Tingkatkan Pelaburan
0 Comments

RABU, 8 JUN 2022

SERIAN: Lawatan delegasi Duta Republik Korea bersama rombongan dijangka meningkatkan pelaburan ke Sarawak.

Duta Khas Perdana Menteri ke Asia Timur, Jepun, Republik Korea dan Taiwan merangkap Ahli Parlimen Serian, Dato Sri Richard Riot Jaem berkata, tapak perindustrian Tebedu yang lengkap dengan kemudahan infra asas menyediakan peluang kepada pelabur dari Korea untuk melabur di Bandar Mutiara Tebedu pada masa akan datang.

Tambah beliau, dengan hubungan erat kerajaan Malaysia dan Republik Korea juga akan mampu menarik lebih ramai lagi pelabur dari negara tersebut.

“Sejak 25 tahun yang lepas, nilai dagangan terkumpul telah meningkat 5.33 peratus setahun dari RM3.16 billion kepada RM11.68 bilion.

“Pada tahun 2020, Republik Korea telah berjaya mengeksport pelbagai produk bernilai RM11.6 billion ke Malaysia, manakala Malaysia juga berjaya mengeksport nilai dagangan RM8.36 bilion ke Republik Korea,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan Program Lawatan Duta Republik Korea Ke Serian di Kampung Mongkos, pada Selasa.

Sementara itu, Dato Sri Richard memberitahu, jumlah dagangan yang semakin meningkat di antara dua buah negara berkenaan telah menunjukkan keyakinan para pelabur ke Malaysia khususnya Sabah dan Sarawak.

Justeru itu, beliau berharap kunjungan Duta Republik Korea itu mampu membuka peluang pelaburan dan pekerjaan kepada rakyat Sarawak. -EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *