ADUN Kabong Umum Dua Lagi Projek RTP Untuk Kampung Sessang

UKAS  > Edisi-Tengah >  ADUN Kabong Umum Dua Lagi Projek RTP Untuk Kampung Sessang
0 Comments

AHAD, 12 JUN 2022

KABONG: Kampung Sessang menerima dua lagi berita gembira apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Mohd Chee Kadir mengumumkan dua lagi Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) bagi tahun 2022.

Menurut Mohd Chee, dua projek berkenaan adalah Menaik Taraf Balai Raya Taib Mahmud Sessang berjumlah RM150,000 dan Membina Ban Sungai Kampung Sessang berjumlah RM250,000.

Beliau mengumumkan perkara itu semasa menghadiri Program Santai Ngan Pemuda PBB Sessang pada Sabtu.

Pelbagai aktiviti diadakan sebagai pengisian program yang bermula sejak 8 pagi antaranya Pertandingan Karaoke Bintang Kecil dan terbuka, pendaftaran ahli Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) untuk belia yang berusia 18 tahun ke atas dan program gunting rambut percuma.

Pada sebelah malam, Mohd Chee yang juga Ketua Cawangan PBB N.40 Kabong telah menerima sejumlah borang keahlian PBB 18-28 yang baru yang telah diserahkan oleh wakil Pemuda Kampung Sessang merangkap Pengerusi Program Jom Santai Pemuda Sessang, Suhaimi Nusi.

Beliau turut menyaksikan seramai 10 orang peserta dewasa untuk sesi final pertandingan karaoke terbuka.

Sebelum majlis dimulakan, beliau telah dikejutkan apabila Ahli PBB Kampung Sessang telah menghadiahkan beliau kek ulang tahun kelahirannya. – EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *