Hero’s Welcome Untuk ‘Kilat Boy’ Selepas Aksi Cemerlang Di Pakistan

UKAS  > Edisi-Selatan >  Hero’s Welcome Untuk ‘Kilat Boy’ Selepas Aksi Cemerlang Di Pakistan
0 Comments

SELASA, 14 JUN 2022

KUCHING: Jaguh tinju negara dari Sarawak, Daeloniel McDelon Bong menerima ‘Hero’s Welcome’ sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) malam tadi selepas  kejayaannya menjuarai Kejohanan Tinju Profesional Pakistan pada Sabtu lepas.

Tambah bermakna apabila ketibaan petinju kelahiran Sri Aman berusia 23 tahun itu turut disambut seramai 19 ahli Gabungan Orang Asal Sarawak yang diketuai pengasas persatuan berkenaan, Peter John Jaban sambil mengenakan sirat dan berkaki ayam.

Antara yang turut serta dalam kumpulan itu adalah dua jaguh bina badan Sarawak, Buda Anchah dan Philomena Dexclyn Siar yang mengenakan pakaian tradisional kaum Bidayuh serta ikon tinju negara, Mejar Sapok Biki.

Turut hadir Presiden Persatuan Tinju Negeri Sarawak (SABA), Dato Rahman Lariwoo serta barisan exco persatuan, barisan jurulatih dan ahli keluarga Daeloniel.

Daeloniel atau terkenal dengan jolokan ‘Kilat Boy’ mengharumkan nama negara apabila muncul juara kategori 57 kilogram pada Sabtu selepas menumbangkan wakil tuan rumah, Sikender Abbasi menerusi pukulan technikal knock-out (TKO) di Stadium Lalak Jan pada Sabtu.

Kejayaan beliau juga turut mendapat pujian Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Dr Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg. – EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *