Jelajah Integriti 2022 Pupuk Masyarakat Bernilai Murni

UKAS  > Edisi-Tengah >  Jelajah Integriti 2022 Pupuk Masyarakat Bernilai Murni
0 Comments

KHAMIS, 23 JUN 2022

KAPIT: Unit Integriti dan Ombudsman Jabatan Premier Sarawak telah mengadakan Jelajah Integriti 2022 di Dewan Masyarakat Melayu Kapit pada Rabu.

Program itu diadakan bagi memupuk dan membudayakan integriti dalam masyarakat Sarawak di samping melahirkan maju serta mempunyai nilai murni yang tinggi.

Menurut Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Integriti dan Ombudsman), Dato Murshid Diraja Dr Juanda Jaya, peranan ketua masyarakat dan pemimpin penting bagi memastikan ketelusan setiap kelakuan untuk memastikan rakyat menerima apa yang mereka mahu demi kesejahteraan masyarakat.

Dalam pada itu, golongan sasar perlu lebih ramai golongan pemutus dasar contohnya kakitangan dan ketua jabatan yang berkepentingan seperti Residen, Pegawai Daerah, JKR dan agensi pelaksana lain terutama yang berkaitan dengan projek dan sebagainya.

Sementara itu, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Adat Bumiputera dan Adat Asal), Jefferson Jamit Unyat pula berkata, penjawat awam harus jujur, telus dan amanah dalam menjalankan tugas.

Tegasnya, ia amat penting kerana masyarakat meletakkan kepercayaan tinggi terhadap penjawat awam.-EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *