Program Merentas Desa Anjuran MBKS Promosi Penjagaan Kesihatan Fizikal Dan Mental Pelajar

UKAS  > Edisi-Selatan >  Program Merentas Desa Anjuran MBKS Promosi Penjagaan Kesihatan Fizikal Dan Mental Pelajar

AHAD, 26 JUN 2022

KUCHING: Seramai 1,600 pelajar serta guru dari Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hua No.3 telah menyertai aktiviti Merentas Desa sekitar Kuching Park, Palmarium Park dan juga New Norm Park pada Jumaat.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS), Dato Wee Hong Seng memberitahu, program tersebut merupakan salah satu inisiatif MBKS untuk mempromosikan amalan gaya hidup sihat dalam kalangan para pelajar.

“Menerusi program sebegini, mereka dapat diberi peluang menikmati keindahan alam semula jadi di samping merehat dan memperkasakan lagi kesihatan serta kecerdasan tubuh dan juga minda mereka,” jelasnya ketika menyempurnakan program tersebut.

Sehubungan itu, beliau berharap agar pihak sekolah, ibu bapa dan juga pelajar sendiri akan memanfaatkan sepenuhnya segala kemudahan yang ada di bandar Kuching untuk melaksanakan sebarang aktiviti yang mampu memberi faedah kepada kesihatan fizikal dan mental.

“Ini juga penting sebagai platform memperkasakan pembangunan jati diri seseorang pelajar,” tegasnya.

Hadir sama memeriahkan program tersebut ialah Kaunselor Kho Teck Wan dan Kaunselor Goh Tze Hui. -Edisi UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *