Kejohanan Sepak Takraw MSL Beri Ruang Dan Peluang Kepada Atlet Sukan Setempat Buktikan Bakat Mereka

UKAS  > Edisi-Utara >  Kejohanan Sepak Takraw MSL Beri Ruang Dan Peluang Kepada Atlet Sukan Setempat Buktikan Bakat Mereka
0 Comments

ISNIN, 27 JUN 2022

MIRI: Penganjuran Kejohanan Sepak Takraw Malaysia Sports League (MSL) di Miri memberi ruang dan peluang kepada atlet-atlet sukan setempat untuk membuktikan bakat mereka dalam permainan sepak takraw.

Menurut Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Dr Ripin Lamat, sukan sepak takraw ini mempunyai peminatnya di seluruh Sarawak termasuk di Miri. 

Sehubungan itu, penganjuran Kejohanan Sepak Takraw MSL ini dapat memberi peluang kepada pemain berbakat menonjolkan bakat mereka serta memberi peluang pemain dari bahagian lain di Sarawak untuk datang ke Miri sambil melihat sendiri pembangunan dan budaya masyarakat Miri. 

“Ini merupakan bagus sekali dianjurkan di bahagian yang lain sepanjang MSL supaya memberi peluang kepada atlet-atlet sukan setempat yang lain. Contohnya, kita di Miri pagi ini ada pertandingan sepak takraw peringkat negeri. 

“Jadi, ia memberi peluang kepada peminat-peminat sukan sepak takraw di Miri untuk melihat dan menonton pertandingan ini dan juga memberi peluang kepada pemain-pemain dari bahagian lain untuk pergi ke kawasan lain,” katanya. 

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Kejohanan Sepak Takraw Malaysia Sports League (MSL) Peringkat Negeri Sarawak 2022 di Stadium Tertutup Miri, pada Sabtu. 

Dalam pada itu, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lambir, berharap pada masa akan datang sukan seperti badminton, bola jaring dan lain-lain akan dapat diadakan di bahagian-bahagian lain selain di Kuching. 

“Ini memberi peluang kepada peminat-peminat sukan untuk menyaksikan pertandingan di peringkat yang tinggi di peringkat negeri. 

“Pada masa sama akan menggalakkan belia dan peminat sukan dapat menonton dan menyertai pertandingan ini,” ujar beliau lagi. -EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *