Kepelbagaian Kaum & Budaya Serlahkan Konsep Keluarga Malaysia Di Sarawak

UKAS  > Edisi-Utara >  Kepelbagaian Kaum & Budaya Serlahkan Konsep Keluarga Malaysia Di Sarawak
0 Comments

RABU, 29 JUN 2022

MIRI: Konsep Keluarga Malaysia yang diperkenalkan Kerajaan Persekutuan merupakan suatu konsep yang telah lama dilaksanakan di Sarawak. 

Menurut Datuk Bandaraya Miri Adam Yii Siew Sang, kepelbagaian kaum dan budaya yang ada di Sarawak tidak menghalang kehidupan bermasyarakat dalam suasana harmoni. 

Perpaduan yang ada ini perlu dipertahankan agar Sarawak sentiasa aman dan makmur kini dan selamanya. 

“Ini adalah budaya kita di Sarawak dan semua kaum mementingkan agama dengan hidup bersama secara harmoni. 

“Ini sangat penting untuk meluangkan masa seperti bekerja bersama, memperbaiki diri, masyarakat dan meningkatkan Sarawak,” katanya. 

Beliau berkata demikian semasa berucap dalam Program Ziarah UKAS @ Komuniti Ngabang Gawai DUN Pujut di Gelanggang Bola Keranjang, Piasau Garden, Miri pada Selasa. 

Pada majlis itu, telah diadakan penyerahan sumbangan kotak makanan UKAS oleh Penyelia Unit Komunikasi dan Penerangan Sarawak (UKAS) Dayang Norazelina kepada hadirin yang hadir yang terdiri pelbagai kaum seperti Melayu, Cina, Orang Ulu, Iban, Bidayu dan suku kaum lain. 

Dalam kesempatan itu, Adam yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut mengucapkan Selamat Menyambut Hari Gawai kepada seluruh masyarakat Dayak di DUN Pujut. 

Dalam memeriahkan Program Ziarah UKAS @ Komuniti Ngabang Gawai DUN Pujut ini telah diadakan pertandingan pakaian tradisional tercantik, penyampaian hadiah, ngajat berkumpulan dan Ngilang Bidai. 

Hadir sama Ahli Majlis Bandaraya Miri Kaunselor Dr. Vincent Huang Huat Choon, Ketua Wanita SUPP Cawangan Pujut Jenny Lau Ung Kuong, Penyelia UKAS Bahagian Miri Dayang Norazelina Hamdan dan Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Piasau Luke Chong.-EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *