Tanaman Hidroponik Mudah & Selamat

UKAS  > Edisi-Selatan >  Tanaman Hidroponik Mudah & Selamat
0 Comments

SABTU, 2 JULAI 2022

PADAWAN: Masyarakat perlu menceburi tanaman hidroponik kerana ia bukan saja menghasilkan sayuran lebih segar dan menyihatkan, malah membantu melestarikan alam sekitar.

Menurut Pegawai Penyelidikan (Hidroponik/‘Smart Farming’) Johnson Chong, tanaman seperti ini dapat menjimatkan penggunaan baja kerana tiada pembaziran dan pada masa sama tidak mencemarkan alam sekitar.

“Dengan kaedah hidroponik yang tidak menggunakan tanah ini, air dan baja dapat diserap dengan lebih sempurna oleh sayur-sayuran sekaligus dapat mengelakkan pembaziran baja.

“Selain itu, kaedah ini juga mesra alam sekitar di mana ia tidak menggunakan racun serangga yang berbahaya,” kata beliau semasa menyampaikan ceramah Program Pengenalan Kepada Teknik Hidroponik, Fertigasi & Kompos bertempat di Pusat Penyelidikan Pertanian Semenggok, Padawan pada Sabtu.

Tambah beliau lagi, tanaman yang sesuai untuk ditanam secara hidroponik ialah tanaman jangka masa pendek seperti sayur-sayuran dan herba.

Sistem hidroponik boleh mempercepatkan kadar penumbuhan tanaman sehingga 50 peratus berbanding menggunakan tanah.

Program tersebut turut disertai seramai 15 individu daripada Sarawak Badan Amal Tenaga Isteri-Isteri (SABATI) yang diketuai Presiden SABATI, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang yang hadir sama bagi menyempurnakan program berkenaan. – EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *