Billy Sujang Sempurnakan Majlis Ibadah Korban Kampung Temaga Melayu

ISNIN, 11 JULAI 2022

SEMATAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Opar, Billy Sujang telah menyempurnakan Majlis Ibadah Korban Kampung Temaga Melayu di Masjid Darul Iman di sini pada Isnin.

Sebanyak tiga ekor lembu telah dikorban seawal jam 8 pagi untuk diagih kepada penduduk kampung tersebut serta mualaf di Kampung Temaga Dayak bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidiladha.

Hadir sama di majlis itu ialah Ketua Kaum Kampung Temaga Melayu,Othman Ibrahim.-EDISI UKAS

add comment