Datuk Amar Douglas Bantu Pelajar IPTA

UKAS  > Edisi-Utara >  Datuk Amar Douglas Bantu Pelajar IPTA
0 Comments

KHAMIS, 14 JULAI 2022

BUKIT SABAN: Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas melalui Pusat Khidmat DUN Bukit Saban telah menghulurkan bantuan kewangan kepada seorang pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) pada Rabu.

Bantuan itu tanda prihatin Datuk Amar Douglas terhadap pelajar yang ingin menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi selepas menamatkan pengajian sekolah menengah.

Penyerahan bantuan wang tunai itu disempurnakan oleh wakil beliau, Penghulu Peter George Labut kepada Thierry Henry Jefri yang merupakan seorang pelajar Ijazah di sebuah IPTA tempatan.-EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *