Penerima BKM 2022 Daerah Sebauh Terima Bantuan Secara Tunai

UKAS  > Edisi-Utara >  Penerima BKM 2022 Daerah Sebauh Terima Bantuan Secara Tunai
0 Comments

ISNIN, 25 JULAI 2022

SEBAUH: Penerima Bantuan Khas Malaysia (BKM) 2022 di sini yang tidak mempunyai akaun menerima bantuan tersebut secara tunai pada Sabtu. 

Sejumlah 448 orang penerima BKM di daerah Sebauh menuntut BKM mereka di Balai Raya Sebauh dalam dua sesi. 

Mereka menerima bantuan pada sebelah pagi jam 8:30 hingga 11:30 pagi bagi penerima warga emas berumur 60 tahun dan ke atas dan sesi kedua bermula 1:30 petang sehingga 4:30 petang bagi penerima 50 tahun ke bawah.

Sementara itu, bagi penerima atau waris yang tidak dapat hadir pada Sabtu itu, proses bantuan itu masih boleh dibuat di semua cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran sebelum atau pada 31 Disember 2022. -EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *