Kerajaan Negeri Terus Fokus Beri Kemudahan Infrastruktur Di Kawasan Luar Bandar

UKAS  > Edisi-Selatan >  Kerajaan Negeri Terus Fokus Beri Kemudahan Infrastruktur Di Kawasan Luar Bandar
0 Comments

RABU, 3 OGOS 2022

SEBUYAU: Beberapa kampung di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sebuyau akan terus menikmati kemudahan infrastruktur menerusi pembangunan Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) 2022.

Pegawai Tadbir Sarawak Sebuyau, Ajis Ahmad mewakil Pemangku Pegawai Daerah Sebuyau bersama agensi pelaksana seperti Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Samarahan telah membuat lawatan ke beberapa tapak Projek (RTP) DUN Sebuyau bagi tahun 2022, pada Selasa.

Lawatan ini bagi meninjau tapak dan lokasi untuk tiga buah projek RTP yang jumlah keseluruhannya bernilai RM600,000 yang telah diluluskan.

Antara projek baru yang dilawat adalah Projek Bina Baru Jeti Kampung Seberang berjumlah RM200,000, Naik Taraf Jalan Kampung Baru Hilir Sebuyau sebanyak RM100,000 ,dan Bina Baru Surau Kampung Jalan Giatmara Sebuyau sebanyak RM300,000.

Sejurus selepas itu, mereka meneruskan lawatan tapak projek di kawasan parlimen Batang Lupar yang juga melibatkan beberapa buah kampung.

Antara projek yang dilawat iaitu Bina Baru Surau Medan Niaga Sampat berjumlah RM150,000, Naiktaraf Bangunan SK Tuanku Bagus Sebuyau sebanyak RM150,000 dan Naiktaraf Surau An-Nur Kampung Lot Baru Sebuyau sebanyak RM100,000.-EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *