Agensi Pembangunan Secara Berpusat Dibina Bagi Permudahkan Pembangunan Bahagian Di Sarawak

UKAS  > Edisi-Utara >  Agensi Pembangunan Secara Berpusat Dibina Bagi Permudahkan Pembangunan Bahagian Di Sarawak
0 Comments

KHAMIS, 4 OGOS 2022

LIMBANG: Dalam memastikan Sarawak terus membangun, setiap bahagian dan daerah di negeri ini akan terus diberikan perhatian sama rata dalam pembangunan. 

Menurut Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Abang Openg, ketika ini telah ada beberapa agensi telah pun diwujud dan dilaksanakan seperti Agensi Pembangunan Wilayah Utara (NRDA), Agensi Pembangunan Tanah Tinggi (HDA), Agensi Pembangunan Betong dan Delta Rajang. 

“Konsep pentadbiran sekarang ini dipusatkan dengan kita kuasa dari bawah dan cara kita membangunkan ialah dari bawah ke atas. 

“Apa yang dikehendaki orang bawah atau rakyat jelata, kita menjadikannya sebagai dasar dan kita laksanakan,” katanya semasa berucap merasmikan Muzium Limbang di sini pada Khamis.

Datuk Patinggi Tan Sri Abang Zohari turut menjelaskan cadangannya untuk mewujudkan Dana Berdaulat yang merupakan simpanan peruntukan dana untuk masa depan.

Sarawak merupakan negeri pertama di Malaysia yang menubuhkan Dana Berdaulat ini dan diuruskan dengan penuh berintegriti. 

“Niat saya suatu hari kita mempunyai dana kita boleh memberikan pendidikan secara percuma di peringkat universiti kepada anak Sarawak. 

“Ini niat saya. Sama ada saya boleh menjayakannya atau tidak, saya berserah kepada tuhan dan itu adalah cita-cita saya,” jelasnya. 

Hadir sama Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah serta isteri Datin Zuraini Abdul Jabbar, Setiausaha Kerajaan Sarawak Dato Sri Mohamad Abu Bakar Marzuki, Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar Il Malaysia merangkap Ahli Parlimen Limbang Datuk Hasbi Habibollah serta isteri Datin Elsi Marlisa Abdullah, Timbalan Menteri Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Wilayah I (Pemodenan Pertanian) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kota Datuk Dr. Abdul Rahman Ismail, Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak (Pelancongan) Datuk Sebastian Ting Chiew Yew,  Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Hii Chang Kee dan Residen Bahagian Limbang Sebi Abang.-EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *